Ah Nikmatnya…

Bermalas-malasan memang sudah menjadi hobi gua sejak kecil. Nak basuh kasut sekolah..ah, bermalasan dululah hingga petang Ahad, kalau agak-agak tak boleh kering letak kat belakang peti ais. Mak suruh sapu sampah kat depan rumah, jap la mak..tengah tengok citer Maero Attack nieh. Begitulah jua apa-apa perkara sekali pun.

Pun begitu ada juga perkara yang memang gua tak tangguh, tidak juga gua bermalas-malasan terlebih dahulu; iaitu makan, minum dan seangkatan dengannya. Terhidang ajer, cukup kourum gua terus suap hingga ke suapan terakhir. Kekadang tu baru je mak gua angkat  dari kuali gua dah cubit-cubit nak rasa. Satu lagi perkara yang gua terpaksa buat segera ialah suruhan bapak gua, sebab suruhan bapak gua dah masuk dalam kategori “Super Duper Extream Hazerdous”, ia boleh mengancam.

Tabiat ini gua bawa sampai ke dewasa, dari kerja sekolah sampailah ke projek tahun akhit di Universiti (nasib baik gua masuk gak ke Universiti, selalunya orang yang bertabiat begini susah nak lulus periksa). Sedap betul rasanya bertangguh. Lepak-lepak dulu, guling-guling dulu. Tunggu minit terakhit baru buat.

Realitinya tidak lah begitu sedap. Kerana sedang sibuk bermalas-malasan otak ini terus juga membunyikan alarm ada perkara yang perlu dibuat. Hati tak terteram juga bila teringat ada perkara belum settle. Terbayang juga kelam kabut menyiapkan keje di waktu akhir.

Gua pikir kena ubah ke cara baru.  Gua memang suka betul cuba benda baru. Mula bangun pagi hari Ahad gua terus je buat perkara yang gua mesti buat. Mandi, bersiap, kemas meja tempat kerja, susun buku atas rak, angkat pakaian kotor ke washing machine, basuh kereta, mop lantai, buang sampah, mandi semula.

Wah! dalam setengah hari gua dah buat banyak perkara yang sebelum ni gua ambil berminggu-minggu nak buat. Rumah bersih, meja teratur, bakul sampah kosong, lantai berkilat, gua pun wangi..Ah nikmatnya!!

Kini gua tahu rajin jauh lebih nikmat dari malas. Memang betul bukan senang nak kikis sikap yang dah lama sebati dengan jiwa dan raga. Bagi sesiapa yang sama malas macam gua, luorang pilih dua hari dalam seminggu sebagai “Hari Rajin Sedunia”. Jika tak tau apa yang nak dirajin kan, ambil saja pensil tulis atas kertas sekurang-kurangnya enam perkara yang mesti di sipakan hari itu. Mulakan dengan nombor satu, siapkan walaupun halilintar datang menyambar, walaupun badai melanda. Teruskan ke nombor dua dan seterusnya. Kenikmatan tak terhingga akan dirasa bila semua senarai sudah di striketrough. Secara tak sedar luorang talah diistihar sebagai salah seorang oarng rajin sedunia.

Gua suka betul berkongsi keenakan dan kesedapan sesuatu dengan orang. Nikamatilah kesedapan ini selagi ada power.

One Comment

  1. Posted August 13, 2008 at 1:03 am | Permalink

    Aku rajin pada sesuatu yang aku suka…
    Cam menulis blog…
    Tapi kena ada satu motivasi untuk rajin secara konsisten ni..
    Kena amalkan..

    Quote

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*

You can add images to your comment by clicking here.