Civic 1.8 iVtec Review
Hari ni genap dua bulan aku jadi pengguna Honda Civic 1.8 2008. Dua bulan aku kira cukup untuk aku memberi komen serba sedikit tentang kereta ini.
Pemanduan
Ruang pemandu yang luas memberi keselesaan lebih-lebih lagi arm-rest yang lebar di kiri kanan pemandu. Kedudukan speedometer digital terletak di atas dashboard memudahkan pemandu memantau kelajuan.
Transmisi
Salah satu teknologi yang aku paling kagum pada kereta ini. Transmisi automatiknya mengadaptasi dan mengikut tabiat pemanduan manual. Tiada masalah untuk memotong dan memecut. Pertukaran gear mengikut ratio padle minyak ditekan, bukan semata-mata rpm.
Engine
Dengan teknologi iVtec menyempurnakan transmisi automatik pintar. Seolah-olah pemandu boleh memilih cara pemanduan jimat atau mode racing. Pada kelajuan 115 km/j rpm baru mencecah 2000. Pada 3000 rpm kelajuan sudah mencecah 150 km/j. Dengan kuasa 140 hp, memang tak ada isu.
Penggunaan minyak
Dengan tangki berkapasiti 50L (sama dengan Wira) tidak perlu saya menyesuaikan diri kerana berkapasiti sama dengan kereta lama. Balik dari berhari raya baru-baru ini sejauh 180km memerlukan RM25 petrol, lebih kurang 16-17km per liter denagn pemanduan rileks. Jika memecut lain pula ceritanya.
Suspensi
Bagi aku tiada bezanya dengan Toyota Altis. Aku dah mencuba kedua-duanya, not bad.
Ada yang memberi pendapat yang Enjin Civic agak bising berbanding Toyota, bagi aku korang kena cuba dulu. Jika berada dalam langsung tak dengan bunyi enjin kecuali semasa pemanasan.
So far aku amat berpuas hati.
Harga
Masa aku beli OTR RM 113000, insurans RM3700.
Related posts:



SALAM..
semua civic FD nie suspension nyer memg keras skit..sbb kite nie direka khas utk performance and sport car..tp kira oklah skit berbanding dgn civic type R..suspension lagi keras drp biasa..cuba test drive klu tak percaya.
hmm..sy dah test drive accord 2.4..suspension memg lembut..tp klu nak high performance dan sport lebih baik pilih civic..susah la nak cakap tp klu korang try drive civic 2.0 dgn accord 2.4..korang akan rasa kelainan skit..accord nie utk org2 corprat..;)
CIVIC 2.0
Civic 1.8 betul betul jimat minyak..
Hari ni saya travel dari Ipoh ke Pasir Mas, Kelantan dan balik. Bertolak dari Ipoh jam 5.00 pagi dengan baki minyak ada 1/3 tangki.
Sampai di Gerik jam 6.10 pagi, level minyak tinggal 3 bar..terus isi Ron95 di Petronas depan Balai Polis Gerik. Set odometer 0 KM. Isi penuh, sampai goncang keter..hehehe..Terus pecut ke Pasir Mas ikut Lebuhraya Timur Barat.
Petang, jam 2.45 bertolak balik ke Ipoh. Di Titiwangsa (Lebuhraya Timur Barat), kena ‘pressure’ dengan Altis 1.8 kat belakang, tapi civic saya mantap…selekoh 60kmsj boleh bantai 110kmsj…altis makan asap, tapi bila dekat Sungai Lebeiy, Gerik, ada laluan lurus, saya bagilah peluang Altis tu potong, tapi dia terpaksa potong masa speed saya 130kmsj lah hehehe….
Akhirnya, sampai balik kat petronas depan Balai Polis Gerik, di pam yg sama, saya isi Ron95 RM 61.20..kena goncang juga sbb dah penuh nak melimpah. tengok odometer 399.2KM…maknanyer minyak jatuh dalam 0.153 sen/KM
Oleh kerana itu..saya sayang civic saya ..terima kasih honda.
yuss
Yup, memang jimat. Dari Segamat ke Serdang RM20 cukup :)
kaloi
Bukan saya nak kondem keter proton, malah saya ada satria 1.5 auto special edition 2005- kuning. Pada speed 110km, RPM dah 3.8..bayangkanlah berapa banyak minyak yang digunakan…pendek kata bawak civic lagi jimat….baloi memang berbaloi
yuss
Salam Eid Mubarak,
Alhamdulillah dah pakai keta ni 6 bulan. walaupun 2nd hand tapi puas hati. everythig was so great. cuma untuk tukar gear tu agak keras sikit. yang lain sume perfect. Walaupun abang saya dah pakai kereta yg sama, saya pun amik keta yg sama jugak.
kepada kawan2, alang2 dah post dekat sini, abg saya nak jual absorber 1 set depan belakang FD1/FD2 nya. beliau sudah bertukar ke adjustable. 7 bulan guna. keadaan sangat2 baik. yang mana nak save badjet raya2 ni and absorber dah pakai 3 tahun ke atas or dah bunyi2 tu boleh la roger2 saya. harga 1 set depan belakang x mahal. dari simpan dalam store baik tolak kat kawan2. RM 500 je nett. xde leaking. barang boleh check dlu sblm ambil. saya tinggal no phone saya kalau2 ada yang berminat. 019 2639867.
Ashraff Hasni
Salam, saya nak beritahu, keter civic saya kini dah genap 3 tahun 6 bulan, walaupun dah calar balar sbb ada 2 hero kat umah, tapi prestasi enjin tetap sama macam baru beli.
yuss
Selamat hari raya aidil adha buat semua…..
yuss
Korang sumer dah tengok model civic versi 2012? dah kuar kat internet…nampak gah juga..
yuss
Aku dah pakai civic ni hampir 2 tahun, dah 55 000 km. Semalam semasa di lebuhraya, aku terdengar bunyi berdengung kat tayar. Aku tanya kat pomen, katanya antara 2 je, mungkin problem tayar atau bearing.
Ada sesiapa pernah tukar bearing civic? Mahal ke?
Abun
abun,
member aku pernah tukar dekat honda. tak silap aku sebijik belakang RM 600.
ashraff
Wow, mahal giler… kalau nak tukar dua bijik dah RM1200. Tak pa aku nak pegi Honda SC jap lagi, nak confirm dgn diorang
Abun
Accord suspension n performance terbaik..
firdaus
saya baru tukar bearing honda civic 2.0 petang tadi. harga di Subang – RM350 siap pasang. pomen kata, bearing dia senang rosak sebab weight tayar bergantung direct pada bearing. ini kelemahan civic berbanding wira sebab wira ada shaft dalam bearing. jadi, pegangan tayar dan body kereta tertumpu banyak pada shaft.
kepada pemilik honda, jika kereta ada bunyi macam tayar (tetapi bukan tayar), sila periks bearing kereta.
cara : jack up kereta – pusing tayar selajunya – pegang suspension belakang – akan rasa getaran dan bunyi (tidak kuat).
akim
kepada abun, cuba check bearing – saya yakin benda tu dah problem. pomen kata, bearing fd ni mudak rosak – banyak complaint yang di dapat.
saya tak pasti samada bearing ni adalah design tak elok daro Honda. tapi diorang ni kan pakar buat kereta…mungkin ada sebab kenapa dia design macam tu….
akim
kepada abun, cuba check bearing – saya yakin benda tu dah problem. pomen kata, bearing fd ni mudak rosak – banyak complaint yang di dapat.
saya tak pasti samada bearing ni adalah design tak elok dari Honda. tapi diorang ni kan pakar buat kereta…mungkin ada sebab kenapa dia design macam tu….
akim
tq akim, yes, memang confirm bearing aku dah out. tp petang tadi honda sc tempat aku dah gantikan dengan yang baru, nasib under warraty lagi, so free of charge la…alhamdulillah
abun
Akim, n Abun, aku setuju dengan korang berdua. tadi ajer aku baru tokaw bearing civic aku di Jln Klang Lama. RM 350 siap warranty sebulan, diajornya aku cara test before n after. confirm lepas tukow, all smooth. puaih ati aku.
Akim. ko punye dia bagi warranty jugak ke, apa brand dia kasik. bukan aper. nak compare jika kat subang the best, aku nak carik kedai tu pulak. aku tukaw GAIDO.
ah zul
Salam,saya baru jerk hantar kete utk servis kat SC PJ…katenye bearing blkg prob…n kalo nk tuko after diskaun pun dah 6rat…ade sape2 yg tau kat mane bleh dpt yg murah sket…??
Ekin
assalam…nak tnya ,bearing jenama apa yg tahan lasak? awal thn 2011 dah tukar 2 bearing belakang (claim warranty) selepas 2 thn guna civic 1.8. Tahun ni dah bunyi pulak bearing belakang belah kiri….
Wan Great Eastern Takaful
Ah zul apa nama kedai tu
kamal