Hari ni genap dua bulan aku jadi pengguna Honda Civic 1.8 2008. Dua bulan aku kira cukup untuk aku memberi komen serba sedikit tentang kereta ini.
Pemanduan
Ruang pemandu yang luas memberi keselesaan lebih-lebih lagi arm-rest yang lebar di kiri kanan pemandu. Kedudukan speedometer digital terletak di atas dashboard memudahkan pemandu memantau kelajuan.
Transmisi
Salah satu teknologi yang aku paling kagum pada kereta ini. Transmisi automatiknya mengadaptasi dan mengikut tabiat pemanduan manual. Tiada masalah untuk memotong dan memecut. Pertukaran gear mengikut ratio padle minyak ditekan, bukan semata-mata rpm.
Engine
Dengan teknologi iVtec menyempurnakan transmisi automatik pintar. Seolah-olah pemandu boleh memilih cara pemanduan jimat atau mode racing. Pada kelajuan 115 km/j rpm baru mencecah 2000. Pada 3000 rpm kelajuan sudah mencecah 150 km/j. Dengan kuasa 140 hp, memang tak ada isu.
Penggunaan minyak
Dengan tangki berkapasiti 50L (sama dengan Wira) tidak perlu saya menyesuaikan diri kerana berkapasiti sama dengan kereta lama. Balik dari berhari raya baru-baru ini sejauh 180km memerlukan RM25 petrol, lebih kurang 16-17km per liter denagn pemanduan rileks. Jika memecut lain pula ceritanya.
Suspensi
Bagi aku tiada bezanya dengan Toyota Altis. Aku dah mencuba kedua-duanya, not bad.
Ada yang memberi pendapat yang Enjin Civic agak bising berbanding Toyota, bagi aku korang kena cuba dulu. Jika berada dalam langsung tak dengan bunyi enjin kecuali semasa pemanasan.
So far aku amat berpuas hati.
Harga
Masa aku beli OTR RM 113000, insurans RM3700.
Related posts:


Nak tengok betapa dedikasinya sahabat kita ni? Tengok dlm rear view mirror dalam gambar yg last skali…caya la bro!
Azlan
Heh heh, itu teknik ambik gambar tersirat namanya. Cuba tengok gambar no 2, kalau tak nampak budak (anak aku la tu) dalam gambar tu memang tak lama la…
kaloi
salam
gaji berapa byk ye nak pakai keta ni ?? saya teramat la minat civic 8th gen ni. Boleh kalau nak beli skrg tp rasa tak selesa pulak sbb bajet jd tight sikit. tolak rumah makan minum masih ada balance tp tak byk mana la. boleh kongsi finance bro tak ? brp byr bulan
kelaweh
Aku bernasib baik sebab dapat kete bulan Ogos 2008, interest masih 2.33%. Bulan September interest dah naik jadi 3.7%.
Harga OTR RM 113000, d/p aku bayar RM30k buat loan 9 thn bulan2 bayar RM 897.00. Kalau bayar d/p 10% installment RM1200 selama 9 thn.
Masa beli mintak discount kat sale person, aku dapat diskaun RM1500. NCD transfer dari kerata lama 45%, asal RM3700 dah tinggal RM 2035 jek.
kaloi
oooo mcm tu..thanks. kalu bulanan mcm saudara ni boleh la saya ambik. lega la jugak bulan-bulan. nampaknya kena la simpan duit dulu. tp skrg waktu yg tak sesuai beli kereta. interest tinggi. insyaalllah jual keta lama saya ni dan tunggu dlm 2 tahun lg boleh la kot saya angkat. harap harap harga drop sikit..hehe. harga civic hibrid sampai skrg belum kuar kuar lagi
kelaweh
@kelaweh, harga Civic Hybrid RM162 000 1.3, interest sekarang kebali ke 3.7% (sebelum ni turun sikit) baru update tadi.
kaloi
Saya dapat discount RM 4,ooo untuk stok Honda City IVtec 2008. Dengan NCD 55%, saya dapat lebih daripada RM 5K++. Berbaloi lah kalau beli sebelum 31/12/08
David
Sayakan dah lama idamkan untuk beli kereta honda civic ni..ingat tahun ni nak order. Tup-tup kuar pulak honda city baru..bikin pening nak pilih yang mana satu..sebab ingat nak jadikan keta ni second car…mana best civic or city terbaru ni??
suria
@suria, you pegi showroom then test drive dua2 kereta tu. Nescaya you akan rasa Civic jauuuuh lebih best
kaloi
untungnye… sempat dapat… interest 2.3….
aku nya terbalik lah… dpt 3.2 … alahai…. rugi byk tuh…
tapi dah tak sabar nye..pasal… 3.2 pun blasah gak…
awal tahun plak tu…. interest turun 2.8….
@suria… kalau nak kecik skit… pakai city..
kalau nak puas hati pakai… civic…
ye la kan… 1.5 dgn 1.8@2.0 mana nak sama…
so far… dah 2 bulan guna civic… puas hati.. cuma x sempat tekan habis pedal minyak tu…heheh…
amuk
aku bercadang nak beli honda civic 1.8 tapi yang second ape pendapat bro semua..tolong komen sikit
aizudin
Pendapat aku Ok ajer..tp kena kira balik sbb second hand punya interest lbh tinggi, takut ansuran bulanan tak jauh beza dari yg baru. Satu lagi secondhand car sgt subjective, setiap kereta berbeza condition walau sama tahun. So good luck.Jgn kena yang tenggelam sudah le
kaloi
kalau nak beli baru baik hold on dulu sebab end 2010 or early 2011 akan keluar Civic 9th Gen tapi kalau nak beli jugak no hal….
odi862
tu lah tu… kalau dah terasa nak beli…beli aje….
sebab berbaloi dgn civic….
yg keluar facelift baru.. pun sama bentuk je… cuma yg lain sikit bumper depan n lampu belakang….. tapi lampu yg lama lagi menarik….
facelift baru..tambah harga lagi….
amuk
bro, tolong suggest sket kat aku nih.. aku dlm dilema ttg pembelian kereta baru.. aku sekarang ni dpt keje baru yg perlukan travel jauh sket about dlm 70KM (pergi balik) setiap hari.. jadi aku nak beli kete yg selesa, laju dan jimat minyak.. jadi dlm kepale aku sekarang ade Civic 1.8, Vios, City and Persona 1.6.
Persona 1.6 sbb murah dr yg lain, vios & city consider still affordable lg, tapi aku takut x berbaloi beli sbb hati aku masih teruja dgn civic.. hehehe.. rase maintenance banyak ke civic 1.8? sesuai ke aku beli kete dlm 2 bulan akan dtg? ke tunggu dulu.. tlg bro.. aku dlm dilemma nie..
Ahmad
Sekarang ni interest keta Honda tengah tinggi….baik kumpul duit dulu untuk downpayment. Lagi pun Civic dah 3 tahun dalam pasaran. Hujung 2010 atau awal 2011 nak keluar model baru dah. Takut nyesal pulak beli Civic sekarang….bukannya murah……RM115k!!. Apa pun tengok budget sendiri la bro…..
Member aku ada cakap : “Orang kaya tak kisah, orang kisah tak kaya…..”
odi862
Dari pengalaman aku, drive pegi balik keje ~50km sehari minyak RM40 seminggu, sama FC dengan aku punya Wira 1.3 manual.
Tak perlu kaya utk pakai civic, rasa mampu beli aje. And Honda memang keluarkan new design setiap 5 tahun, kalau tunggu lagi dua tahun, baik tunggu lagi lima tahun (2+5) ada lagi super baru punya civic. Dan kalau tunggu 2 tahun plus 5 tahun lagi pun akan ada org kata tunggu la nnt ada design baru lagi 5 tahun… rasa nak pakai beli ajer. and current design for civic is for not bad at all. Tak semestinya design baru lebih cantik. Tengok lampu belakang civic sekarang berbanding dulu, lebih cantik yang dulu (subjective), bulat besar empat ketul ala Skyline gitu.
kaloi
thanks bro.. satu lg aku nak tanye.. mane lg berbaloi dr segi kepuasan memandu.. toyota Vios baru ke Honda city 2009? selain drp Honda Civic 1.8..
aku tgk gather input nie..
Ahmad
Dua2 aku penah drive, tapi test drive aje la. Honda City banyak lebihnya dari Vios, sebab tu harganya pun banyak lebih.
kaloi
aku rasa better hang pilih honda city baru…. lagi puas….
walaupun harga lebih…. tapi…kepuasan yg penting….. cubalah…
sebab dari segi bentuk…. city baru jauh lebih menarik dari vios….
performance pun city lagi better…..
amuk
bro… penah tekan habis ke…civic tu… berapa cecah….
saje tanye….
amuk
Aku sedang ‘on the way’ untuk beli civic 2009 ni. Tapi sekarang dah bulan 10… so aku dah plan nak tangkap civic untuk tahun depan. Aku dah tanya khamis lepas kat honda, paling awal katanya februari bleh dapat. Peh, sekarang ni kejanya asyik menelek brochure civic tiap malam sebelum tido. Dah tak bleh tahan. Masa aku try bawak civic kat honda tu, bleh aku katakan… rasanya sangat umpphh… Tak sabo nak tunjuk ekk kat jiran aku yg eksyen ngan mazda RX8 dia tu… Rupanya mazda RX8 tu 1.3 cc je…
slyders
Salam, aku pun dah lama teruja nak merasa memakai honda civic ni tapi bila tengok budget memang cupoi. Start dari civic mata belalang dulu hinggalah ke civic 8th genaration ni, yang syoknya wife aku pun suka juga. So sehari dua lagi nak pegi booking kot….
Aku
aku baru dpt civic hari ni.. peh.. puas hati aku.. dpt gak akhirnyer.. alhamdullilah.. bawak mmg best.. x terkata syok nye..nanti boelh buat group honda civic ni sape2 yg berminat boleh join..
saupz
Eh, boleh le join group civic ni tp aku kena tunggu le sampai dapat kreta dulu. Apapun aku tunggu perkembangan lanjutnya…
Aku
Aku
DAAAHHH! Dah booking dah… civic 1.8 model 2010 punye. Aku kasi booking kaler hitam+bodykit. Peh, tak sabor nak tunggu tahun depan untuk tunggu civic aku tu. Walaupun fulus bulanan akan berkurang giler sbb nak bayar civic bulanan… tapi apa yg penting kepuasan hati & nafsu serakah aku terhadap civic. Oh, yeee… aku baru tahu civic 1.8 telah menang anugerah kereta paling jimat minyak dlm kelasnya hujung 2008 yg lepas.
slyders
Eh, ada ke civic 1.8 model 2010? Yang aku tahu, hanya ada model facelift aje. Bukan apa, risau juga aku sbb aku pun baru je order sebijik civic 1.8 tapi tak de le plak SA tu mention apa-apa pasal model 2010 tu.
Abun
Sebenornya bukan model 2010… tapi keluaran/body 2010. Kalau beli sekarang, rugi. Dah hujung tahun sangat. So, kena tunggu awal tahun depan. Cina Honda tu kata, kalau nak jual balik Honda setiap beza tahun perbezaan harganya lebih kurang RM5k…. so baik tunggu 2010 punye.
slyders
Kalau gitu fahamlah aku. Tapi takkan sampai RM5K kot bezanya setiap tahun. Sebab akupun pernah juga tread-in kereta kancil 2002 aku sebelum ni, tapi harganya taklah beza sangat dengan model tahun 2003.
Harap-harap aku taklah rugi banyak sangat sebab order ciuvic tahun 2009 punya…..
Abun
Tak taulah aku kalo cina honda tu kelentong aku. Tp kalau tak, baik dia hasut aku beli tahun ni jugak. Dia untung cepat. Tapi bestlah jadik kau… dapat pakai civic cepat. Peh, macam aku ni… mcm angau dah. Pantang tengok civic… punyelah aku menjeling. Sesekali tu, saja je aku ronda kat depan showroom honda. Nak tengok test drive civic punye. Tak sabau aku. Sekarang ni aku pakai kancil bapak aku, setelah aku jual wira 1.3 aku ari tu.
Tapi kalaulah civic 2.0 tak jauh sangat beza hargenya dgn 1.8, mau aku sambar 2.0 punye. Ni, sampai RM 15k bezanya. Peh banyak tuh!
slyders
He,he,he…biar habis fikir Slyders. Kalau pakai 2.0, dah lah bayar bulanannya tinggi, minyak tentu dia sedut lebih, roadtax dan insuran tiap tahun tentu juga banyak tu. Kalau aku confirmlah tak mampu, walaupun nafsu tu ada juga ke situ.
…memang tak sabo aku nak nunggu civic aku ni.
Abun
Memang aku pun tak mampu 2.0 tu. Kalau kau dah dpt civic tu, jgn lupa kongsikan pendapat ttg kesedapan civic tu.
slyders
Aku dpt kje kt lgkawi, start by this Dec.02 2009.
skrg aku pkai gen2 2004..so blik lgkawi ni.aku fkir nk pkai keta honda.
monthly below 1k aku rasa can afford la..tp aku confuse keta honda model apa
aku nak sambar..Civic 2.0 or Accord 2.0VTi-L or 2.4VTi..camry pun not bad.
tp design honda & power lgi best kot..entahlah..tp utk smua keta2 nih montly pun tk smpai 1k klu wat 9thn 10% D/P.
any suggestion..
Shah
Klu aku amik civic Type R pun ok gak..monthly 1.2K saja..still affordable ngan salary aku..lgkawi price OTR RM123 sjaa..cuma for sure keta nih agak keras skit suspension dia compare to civic 2.0..smart & sporty dah tentu..
klu comfort tu for sure go to accord..tp aku umor bru 28…muda2 nih pakai civic pun dah ok…u all rasa mcm mna?
Shah
nak tanyer siket…
maintenance kos civic 1.8 ni tinggi x?
izwan
kt dlm honda web ada details servis kos utk setiap model..
http://www.honda.com.my/civic/extras/maintenance/
Shah
Muda2 memang sangat sesuai ngan civic. Civic ni kira utk golongan muda yg berjiwa muda. Kalau yg tua berjiwa muda pun ok. Bagi yg berjiwa tua, accord lebih sesuai. Camry pun ok. Tapi yg muda, brjiwa muda tapi nak nampak mcm org tua aku rasa altis sesuai. Exterior dia agak ketuaan. Sgt berbeza dgn civic.
Umur 28 thn bukan saja sgt sesuai ngan civic, malah korang akan kelihatan hebat! Mcm aku ni 33 thn, baru berangan nak pakai civic. baru rasa nak rasa hebat.
slyders
Klu ikut spec dlm honda web..2.0 lbih petrol consumption dri 1.8, tp beza dlm 3km jer.. 1.8 = 14.09km/littre , 2.0 = 11.63km/littre..
kira 2.0lg ok.Powerr lgi…cuma price ja la..mahai skit.
apapun ikut lah kmampuan masing2..
kita bleh order civic color putih ker? sbb aku plan nk masukan bodykit type R.
Shah
Apa pula tak bolehnya? Kalau tak silap aku, SA aku kata colour putih akan menggantikan colour bold biege (gold) mulai keluaran bulan November ni. Aku pun suka putih tapi dah wife pulak tak berkenan….
Aku respect la dengan statement ni, sebab kena benar rasanya. Aku ni termasuk dalam kategori yang tua berjiwa muda kot………
Aku
Aku respect dengan statement kau. Kalau gitu confirm, aku ni dalam kategori yang TuA berjiwa MuDA……
Apa pula tak bolehnya? Kalau tak silap aku, SA aku kata colour putih akan menggantikan colour bold beige (gold) mulai bulan Novenber ni.
Abun
haha.. dulu aku gile kat civic 2.0 pun gak sampai payah nak tido.. aku duk pikir nak sambar ke tak.. sbb bayar bulanan rm 1k+ tuh.. so aku tanye pendapat org.. bla.. bla.. bla.. tibe-tibe.. last 2 months.. aku dah sambar perdana v6 second hand tahun 2008, bulan november.. rm 73… huhuhu.. aku rasa berbaloi.. sbb 2.0..
Nevertheless… civic is the best.. perdana pon best..ehehe..
tarmizi
sblm nih, aku tk fikir nk tukar keta..tp lepas dh 5 thn pakai gen-2.. aku rasa
fade up sgt sbb mcm2 bunyi yg kluar..vibrate sana sini..tkpnah excident..di jaga elok….smpai wife aku pnah kata..” eh abg..keta kita nih nmpak baru..tp bila drive..bunyi mcm2..mcm keta buruk” aku sedih btoi..tp tk dinafikan..memabg btoi.. so aku plan..klu ada rezki, memang aku nk tukar pkai honda civic…
Shah
He he he… samalah ngan aku. sebelum ni aku pakai wira aeroback 1.3. Lepas 4-5 tahun. Deskboard keta asyik vibrate mcm handpon plak. Tension aku. Lebih2 lagi bila member2 tumpang naik. Segan giler. Terpaksa aku buat lawak buduh, “kereta aku memang dah aku setkan dgn vibrate mcm tpon..” Hapa ke punye bangang statement aku tu demi nak cover malu.
So, sekarang ni nak try civic plak. Cuma aku nak mintak pendapat. Aku dah booking civic 1.8 siap ngan bodykit set. Tapi member2 aku kata civic tak cantik pasang spoiler belakang tu. Aku mcm terpengaruh gak. Apa pndapat peribadi korang. Cantik ada spoiler atau tak?
slyders
Cina honda ari tu kata honda ada keluarkan kaler putih civic. aku mcm tak percaya mulanya. tapi lepas kalian semua bagi statement, maknanya betullah civic akan ada kaler putih. Peh, ala2 type-R le kita… (malangnya aku dah booking kaler hitam… sbb gilerkan kaler hitam sebelum ni.)
slyders
Pada pendapat aku, civic 8th gen ni dah cantik macam tu. Kalau tambah spoiler belakang, macam ‘over’ plak. Cuma kalau ada duit lebih, tukarkan rimnya daripada 16″ kepada 17′, bagi aku itu baru ada umpph…
Abun
Entahlah.len org..len taste kan..bg aku..contoh terbaik nk taruh spoiler..mcm Type R. tu….pasang complete set ngan bodykit..memang g mana pun org akan tgok..tp klu dpt civic color putih..lagi2 mgancam la..sbb type R nih memang color putih ja..
Shah
Wahh..Civic Gen.8 dah kuar white color..Taffeta White. Announce at PJ on 19.Oct.2009
Shah
Honda City baru memang sedap giler kalau pecut kat selekoh, tak macam Vios atau Altis……
Tapi hanya orang2 yang betul2 minat dan banyak pitis(duit) jer yang mampu dan sanggup pakai, sebab bentuknya memanglah mengancam, tapi peritnye mantainance dia lebih tinggi dari keta2 Toyota. Lagi pun kena pandai jaga, kalau tidak, boleh bersidailah kita tengah jalan….breakdown.
Jenama Honda ni bawah sikit dari BMW je, sebab tu dipanggil – BMW Jepun.
Yang penting – kalau pakai Honda ni ada sikit high-class sikit berbanding dengan lain2 keta Jepun tu….Betul tak? betul…betul….betul…..
Gila Honda
Ada betulnya tu. Memang bila pakai honda je, gah nya ada lain sket. Kat skolah aku mengajar, ada sorg cikgu pakai altis baru. Tapi takde plak aku dengor cikgu2 heboh bercerita pasal keta tu. Tapi bila diaorg tahu je aku nak pakai civic, heboh satu skolah. Asyikle diaorg bertanya. Naik boring plak, sebab keta pun blum dapat. Kat situ aku dpt nilai ttg pandangan org ramai terhadap brand kete. Mmg honda dianggap ada kelas tersendiri.
slyders
Betul wa cakap luuu…..Mat2 saleh di Amerika/Jerman pun puji Honda.
Kereta Honda tak macam Toyota dll. keta Jepun tuh….
Dia memang ada prestige….ada class tersendiri…..sepadan dengan harga.
Kalo tak mampu(s) pakai BMW, pakai jer Honda Accord / Honda Civic…
Anda tentu berpuas hati….Tak payah buang duit RM200 – 300 ribu
semata-mata nak layan BMW 3 -5 series. Membazir duit saja…sedapnya
masa selekoh hampir2 macam kereta buatan Honda tu jugak. Ada juga BMW yang terbabas..banyak pemandunya yang kojol bila BMW accident…
Tak berbaloi langsung…..
Gila Honda
Aku baru2 ni dapatlah pakai satu Honda Civic lama model 1990. Itupun dah 20 tahun aku idamkan, baru boleh rasa….
Aku beli dengan rega RM21,000 – kira murah le tu,,,siap dengan sport rim 15″ falken, sound system nakamichi, alarm power, karburator import- turbo…. bla bla bla.
Prestasi memang power gila, memang keta BMW makan asap gua punya.
Masa selekoh memang mantap sebab dah kasi potong absorber ganti ngan imported. Berbaloi beb !
Mat Rempit