Civic 1.8 iVtec Review

Hari ni genap dua bulan aku jadi pengguna Honda Civic 1.8 2008. Dua bulan aku kira cukup untuk aku memberi komen serba sedikit tentang kereta ini.

Pemanduan

Ruang pemandu yang luas memberi keselesaan lebih-lebih lagi arm-rest yang lebar di kiri kanan pemandu. Kedudukan speedometer digital terletak di atas dashboard memudahkan pemandu memantau kelajuan.

Transmisi

Salah satu teknologi yang aku paling kagum pada kereta ini. Transmisi automatiknya mengadaptasi dan mengikut tabiat pemanduan manual. Tiada masalah untuk memotong dan memecut. Pertukaran gear mengikut ratio padle minyak ditekan, bukan semata-mata rpm.

Engine

Dengan teknologi iVtec menyempurnakan transmisi automatik pintar. Seolah-olah pemandu boleh memilih cara pemanduan jimat atau mode racing. Pada kelajuan 115 km/j rpm baru mencecah 2000. Pada 3000 rpm kelajuan sudah mencecah 150 km/j. Dengan kuasa 140 hp, memang tak ada isu.

Penggunaan minyak

Dengan tangki berkapasiti 50L (sama dengan Wira) tidak perlu saya menyesuaikan diri kerana berkapasiti sama dengan kereta lama. Balik dari berhari raya baru-baru ini sejauh 180km memerlukan RM25 petrol, lebih kurang 16-17km per liter denagn pemanduan rileks. Jika memecut lain pula ceritanya.

Suspensi

Bagi aku tiada bezanya dengan Toyota Altis. Aku dah mencuba kedua-duanya, not bad.

Ada yang memberi pendapat yang Enjin Civic agak bising berbanding Toyota, bagi aku korang kena cuba dulu. Jika berada dalam langsung tak dengan bunyi enjin kecuali semasa pemanasan.

So far aku amat berpuas hati.

Harga

Masa aku beli OTR RM 113000, insurans RM3700.

Related posts:

  1. Ada apa dengan Celcom Broadband?

423 thoughts on “Civic 1.8 iVtec Review

  1. SALAM..
    semua civic FD nie suspension nyer memg keras skit..sbb kite nie direka khas utk performance and sport car..tp kira oklah skit berbanding dgn civic type R..suspension lagi keras drp biasa..cuba test drive klu tak percaya.

    hmm..sy dah test drive accord 2.4..suspension memg lembut..tp klu nak high performance dan sport lebih baik pilih civic..susah la nak cakap tp klu korang try drive civic 2.0 dgn accord 2.4..korang akan rasa kelainan skit..accord nie utk org2 corprat..;)

      

  2. Civic 1.8 betul betul jimat minyak..

    Hari ni saya travel dari Ipoh ke Pasir Mas, Kelantan dan balik. Bertolak dari Ipoh jam 5.00 pagi dengan baki minyak ada 1/3 tangki.
    Sampai di Gerik jam 6.10 pagi, level minyak tinggal 3 bar..terus isi Ron95 di Petronas depan Balai Polis Gerik. Set odometer 0 KM. Isi penuh, sampai goncang keter..hehehe..Terus pecut ke Pasir Mas ikut Lebuhraya Timur Barat.
    Petang, jam 2.45 bertolak balik ke Ipoh. Di Titiwangsa (Lebuhraya Timur Barat), kena ‘pressure’ dengan Altis 1.8 kat belakang, tapi civic saya mantap…selekoh 60kmsj boleh bantai 110kmsj…altis makan asap, tapi bila dekat Sungai Lebeiy, Gerik, ada laluan lurus, saya bagilah peluang Altis tu potong, tapi dia terpaksa potong masa speed saya 130kmsj lah hehehe….
    Akhirnya, sampai balik kat petronas depan Balai Polis Gerik, di pam yg sama, saya isi Ron95 RM 61.20..kena goncang juga sbb dah penuh nak melimpah. tengok odometer 399.2KM…maknanyer minyak jatuh dalam 0.153 sen/KM
    Oleh kerana itu..saya sayang civic saya ..terima kasih honda.

      

  3. Bukan saya nak kondem keter proton, malah saya ada satria 1.5 auto special edition 2005- kuning. Pada speed 110km, RPM dah 3.8..bayangkanlah berapa banyak minyak yang digunakan…pendek kata bawak civic lagi jimat….baloi memang berbaloi

      

  4. Salam Eid Mubarak,

    Alhamdulillah dah pakai keta ni 6 bulan. walaupun 2nd hand tapi puas hati. everythig was so great. cuma untuk tukar gear tu agak keras sikit. yang lain sume perfect. Walaupun abang saya dah pakai kereta yg sama, saya pun amik keta yg sama jugak.

    kepada kawan2, alang2 dah post dekat sini, abg saya nak jual absorber 1 set depan belakang FD1/FD2 nya. beliau sudah bertukar ke adjustable. 7 bulan guna. keadaan sangat2 baik. yang mana nak save badjet raya2 ni and absorber dah pakai 3 tahun ke atas or dah bunyi2 tu boleh la roger2 saya. harga 1 set depan belakang x mahal. dari simpan dalam store baik tolak kat kawan2. RM 500 je nett. xde leaking. barang boleh check dlu sblm ambil. saya tinggal no phone saya kalau2 ada yang berminat. 019 2639867.

      

  5. Salam, saya nak beritahu, keter civic saya kini dah genap 3 tahun 6 bulan, walaupun dah calar balar sbb ada 2 hero kat umah, tapi prestasi enjin tetap sama macam baru beli.

      

  6. Aku dah pakai civic ni hampir 2 tahun, dah 55 000 km. Semalam semasa di lebuhraya, aku terdengar bunyi berdengung kat tayar. Aku tanya kat pomen, katanya antara 2 je, mungkin problem tayar atau bearing.

    Ada sesiapa pernah tukar bearing civic? Mahal ke?

      

  7. Wow, mahal giler… kalau nak tukar dua bijik dah RM1200. Tak pa aku nak pegi Honda SC jap lagi, nak confirm dgn diorang

      

  8. saya baru tukar bearing honda civic 2.0 petang tadi. harga di Subang – RM350 siap pasang. pomen kata, bearing dia senang rosak sebab weight tayar bergantung direct pada bearing. ini kelemahan civic berbanding wira sebab wira ada shaft dalam bearing. jadi, pegangan tayar dan body kereta tertumpu banyak pada shaft.
    kepada pemilik honda, jika kereta ada bunyi macam tayar (tetapi bukan tayar), sila periks bearing kereta.
    cara : jack up kereta – pusing tayar selajunya – pegang suspension belakang – akan rasa getaran dan bunyi (tidak kuat).

      

  9. kepada abun, cuba check bearing – saya yakin benda tu dah problem. pomen kata, bearing fd ni mudak rosak – banyak complaint yang di dapat.

    saya tak pasti samada bearing ni adalah design tak elok daro Honda. tapi diorang ni kan pakar buat kereta…mungkin ada sebab kenapa dia design macam tu….

      

  10. kepada abun, cuba check bearing – saya yakin benda tu dah problem. pomen kata, bearing fd ni mudak rosak – banyak complaint yang di dapat.

    saya tak pasti samada bearing ni adalah design tak elok dari Honda. tapi diorang ni kan pakar buat kereta…mungkin ada sebab kenapa dia design macam tu….

      

  11. tq akim, yes, memang confirm bearing aku dah out. tp petang tadi honda sc tempat aku dah gantikan dengan yang baru, nasib under warraty lagi, so free of charge la…alhamdulillah

      

  12. Akim, n Abun, aku setuju dengan korang berdua. tadi ajer aku baru tokaw bearing civic aku di Jln Klang Lama. RM 350 siap warranty sebulan, diajornya aku cara test before n after. confirm lepas tukow, all smooth. puaih ati aku.
    Akim. ko punye dia bagi warranty jugak ke, apa brand dia kasik. bukan aper. nak compare jika kat subang the best, aku nak carik kedai tu pulak. aku tukaw GAIDO.

      

  13. Salam,saya baru jerk hantar kete utk servis kat SC PJ…katenye bearing blkg prob…n kalo nk tuko after diskaun pun dah 6rat…ade sape2 yg tau kat mane bleh dpt yg murah sket…??

      

  14. assalam…nak tnya ,bearing jenama apa yg tahan lasak? awal thn 2011 dah tukar 2 bearing belakang (claim warranty) selepas 2 thn guna civic 1.8. Tahun ni dah bunyi pulak bearing belakang belah kiri….

      

  15. Nama kedai x ingat, tapi google di 3.080745,101.646326.

    Masa pasang brand GAIDO (supply and labour) RM 350, warranty sebulan. Last 2 weeks, aku check di kedai sparepart, brand GAIDO (RM 180) KYOTO (RM200). siap bagi warranty 3 bulan lagi. Cuba check dulu, berapa labour cost dia amik? yang aku pasang dulu tu rasa cam ‘mahal sikit’ labour cost dia. itu pun setelah 2 minggu lepas gi survey barang. hampeh tul.

      

  16. Wan Great Eastern Takaful :- tak sure jenis apa yang bagus sbb bergantung kepada cara penggunaan, mcm aku kalau balik kelantan & penang, sah penuh boot, berat barang jer lebih.
    satu lagi isu bearing ini kalau masuk air, sah berbunyi. aku tak pasti adakah semua bearing ada ‘rubberseal’. better tanya di kedai sparepart yang kamu selalu beli barang. aku selalu beli di PJ newtown, masuk lorong depan balai polis PJ (google di 3.099877,101.639371). better banyak bertanya supaya kita puas hati beli. bearing mahal tu….

      

  17. tumpang tanya kwn2…
    saya baru ambil civic 1.8 fd…nk tanya dari pengalaman & cara penjagaan minyak engine korang…
    1)korang pakai minyak enjin apa & berapa harga
    2)korang pakai minyak gearbox apa & berapa harga(setiap berapa ribu km kena tukar)

      

  18. Ah Zul..
    ‘rubberseal’ tu yg mana satu? PArt warna hitam tu ke? Mcm keras jer..rubber ke tuh??Anyway, aku baru beli bearing through internet. Kedai dia kat KL. Mmg bearing Civic FD senang rosak. 2 bulan lps aku baru tukar bearing belakang belah kanan. Esok aku nak suruh pomen pasang yg belakang belah kiri and depan belah kanan. Anyway, aku beli RM260 utk rear. RM150 for front. Brand NTN Japan. Aku rase upah pasang dlm RM20-40 je. So, jimat laa.. Kalu ganti kat SC, mau dia tekan RM700 dah tuh..! Seriuss…

      

  19. salam smua peminat civic, saya baru nak g tempah civic 2.0 generasi 9. apa komen semua, wira se tu dah ada peminat nak bayar, so bini minat civic 2012 tu, tak pernah saya pakai honda ni, takut pulak ngan spare part mentainan dia, mahal ke. terima kasih atas pandangan anda semua.

      

  20. salam geng civic, kawan dah pakai civic fd ni 5thn and so far tkde major issue, mileage pun dah over 100k, maintenance still buat kat Honda Service sbb senang dan dah kenal dgn pomen2, model baru dah keluar tp kawan kureng minat dgn dashoard layout yg mcm old school skit, much better yg sekarang….niat dlm hati nak upgrade fd2r tp tgklah mcm mana….hehehehe…

      

  21. Assalam semua…memang betulla..civic fdni ..problemnye bearing..saya dah tukarsemua..dah hr ni hajat nak tukarbearing depan sblh driver….kedai mane yg murah..area mane…brape..brand Apa…sbbdulu saya tukar di SC honda di sg golok..thailand..murah sangat…dlm 300 je sbelah ori honda..tp skrg malas nak tunggu raya hajini..

      

  22. Rubberseal mesti dok didalam. tak nampak. rasanya semua ada sbb basic part. bearing depan lagi murah ke? kalau NTN Japan itu lagi bagus… kedai mana. dah upah tu rasanya cukup-2 berpatutan. sbb nak tukar bearing depan pulak nih… belakang dua-dua dah baru.@Hairil

      

  23. It depends berapa lama bearing tu bole tahan tp mengikut sumber2 mmg ada manufacture defect pd design, aku baru skali replace bearing blkg sebelah kiri, last time rim 17 skang back to 16 balik mcm asal, alhmdlh ok, mileage keta dah over 100k and keta pakai sejak Jan 2008, brg nak ori dan murah skit dr service centre bole try brader Kirie, ko type je kirie auto, dan carik je apa ndak, klu tkde dlm list bole email or sms, ni genuine seller sbb aku dah deal mcm2 parts, brg post terus smpai rmh asap….

      

  24. salam semua sep2 otai..kawan aritu hati kawan kat honda 1.8 tp mase tu yg 2nd pun mahal lagi..jadi kawan pegi kat toyota terus angkat vios J.pakai x sampai 9 bulan hati kawan kat honda lagi…jadi skrg kawan jual la vios tu nak angkat civic 1.8..ingt nk angkat yg 2nd je sbb kehendak melebihi kemampuan..skali pikir CERDIK pun ada jual baru beli 2nd..dah hati kat honda nk wak mcm mane…ape2 hal ade yg nak jual civic fd 1.8 bg tahu la nk yg murah2.

      

    • JJ, situasi kita lebih kurang sama. Saya nyaris2 nak ambil new Nissan Almera, tapi hati masih terpaut dgn civic, tapi mampu yang 2nd je. Tgh tunggu result loan. Macam kena angau dengan civic ni.

        

  25. TUKAR TAJUK SIKIT – sesape tahu kedai yang basuh kusyen. civic 1.8 aku dah jadi peta dunia. kalau boleh yang guna steam. sehari boleh siap.

      

  26. Salam dan Salam Sejahtera
    Saya baru menggunakan jentera honda bernadikan teknologi i-Vtec. Sebelum ini saya hanya menggunakan teknologi MIVEC dari mitsubishi sahaja. (skema sikit ayat). So, saya nak tanya : Apa minyak enjin dan minyak gearbox paling sesuai untuk civic fd? Berapa tempoh masa minyak itu digunakan sebelum diganti baru?
    Saya juga tengah mencari gang style civic fd sekitar utara (Penang > Kedah > Perlis).

      

  27. as salam..
    utk makluman aku tgh consider nak pakai keta jepun plak pasni..yg 2nd je la..xmmpu nk bli bru lg.puas dh pkai keta m’sia. so dlm hati ni mmg terpikat kt honda @ toyota je la. lps dh shortlisted, aku masih bingung nk amik keta ape.antara civic 1.8 / civic 2.0 / accord 2.0. budget aku harga keta dlm RM80-90k camtu la..monthly dlm RM800++. so aku mmg harap sgt pendapat kwn2 dlm ni model mane yg ptut aku pilih…

    TQ

      

  28. Bro, either 2liter ke 1.8 ke ni based pada masing2, sgt subjektif, ada org suka 2liter sbb engine k20z due to performance, ada org suka 1.8 sbb engine baru r18a, walaupun single cam tp minyak jimat dan mid range tork superb, beza kuda pun tak jauh beza dlm 15ps, the rest more pada accessories……aku as owner of 1.8 dan next yr will be 6th yr anniversary, dpd bukak plastik smpai la major servis 100k and until now maintain kat SC, i would say mmg berbaloi sgt, value still there dan depreciation rate sgt kecil….happy hunting beb!

      

  29. As’salam. Saya dalam proses tunggu result loan untuk ambil civic 1.8 tahun 2008. Mileage dalam lingkungan 60K. Harap semua lancar. Ada advise tak dari otai2 yg dah lama pakai civic untuk saya tgk sekali lagi condition kereta tu.

      

        • tayar belakang… ketika buat balancing di kedai tayar, dan tayar kereta ‘tergantung’ dari load, cuba pusing dengan tangan. tangan sebelah lagi pegang batang absorber. kalau rasa getaran pada absorber & movement x lancar… maknanya bearing rosak la tu. untuk tayar depan payah sket… tapi caranya sama cuma guna engin sebagai ‘tukang pusing tayar’….

            

  30. Salam, kalau nak amik 1.8, check power steering. pump, hose and rack skali. sbb weakness yang paling teruk power steering. bearing 4-4 tayar pun check gak. yang lain so far xde issue. keta aku so far xde issue. keta 2007. skrg ni power steering pump bocor, so aku keep top up je minyak tu seminggu sekali. so far sume ok alhamdulillah. but kalau 2.0 aku x tau apa problem. maybe brother2 lain leh bagi sikit input.

    thanks.

      

    • ashraff.. ada kamu terima surat dari HONDA untuk tukar FOC power steering hose ? kalau ada, better guna surat tu utk tukar. difahamkan surat tu tak ada due date.

        

  31. salam warga honda…nak bertanya :-
    1) aku ada masalah, bila kereta terjun lubang…kereta terus jadi gelong..kenapa ye?
    2) memang stereng honda ni berat ker?

      

  32. Salam, saya dah pakai civic 1.8 selama 3 tahun.Nak tanya sikit kawan honda ,di sekitar kaw shah alam mana kedai polish kereta yang terbaik dengan harga murah.

      

  33. salam semua..sy nk pun peminat civic juga tp nk tanya kalau ada idea agak2 kalau nk cat civic ke warna merah ferrari tu brp ye kosnya?dapat kawan2 dapat tlg.trm kasih

      

  34. Bering adalah isu utama bagi Civic FD1 and FD2 juga, CRV ..senang aja nak tahu bering ok ker tak bunyi whong !!whong!!! whong!! samada belakang atau depan…Isu yg kedua ialah airkond, AC FD1 and FD2 kekadang akan jadi panas, sejuk, sekejap panas sekejap sejuk….2 perkara yg perlu ada buat…Check Relay and Magnetic Clutch (pully) …isu nie pun selalu terjadi…sebagai panduan, jika nak speed lebih dari 4000 rpm, sila off AC anda, jangka hayat AC anda akan tahan lama..go to pomen bawah pokok jgn go to SC, 3 kali ganda cekik darah unless ada warranty….)

      

  35. Ada 2 issues yg penting FD1 and FD2 juga CRV, bering dan AC….bering senang saja nak trace, kalau bunyi whong!! whong!!! whong!! samada depan atau belakang, beringlah tu.

    Isu kedua ialah magnetic clutch (pully) AC, terjadi bila AC kejap sejuk, kejap panas, off and on balik baru ok…2 sebab, relay or magnetic clutch (pully) AC.

    Kalau dah habis warranty , sila check dgn pomen bawah pokok, kalau pergi SC, 3 kali ganda cekik darah….

    Lelain tiada sgt, isu, ivtech power….)

      

    • Stuju, aku dan alami masalah aircond masa tgh jem blk dr kampung raya haji baru2 ni. Dah la hujan masa tu,berpeluh2 anak beranak.Pegi 3S jln klang lama kena seribu lbh. Rugi x gi kedai bwh pokok je

        

      • AC, biasanya FD1 or FD2 pakai SANDEN punya compressor…yg perlu ditukar hanya pully magnetic clutch..bukan compressor, cost hanya RM400 plus termasuk upah, relay kekadang pernah juga terjadi, cost relay hanya RM40…..2 big issues FD…

          

  36. Salam..
    saya dah book civic 2nd je..thn 2006, 81k otr..milage 70k.
    3 ari bulan dapat asb baru leh kua civic ni.
    dah test drive mcm ok, senyap aje enjinnya,ingtkan enjin mati..
    Dah lama bkenan..so nk tanya minyak enjin jenis ape yg korang guna n tukar setiap bpe km?maklumla,buku manual dah xde dlm kete tu.Terima kasih

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>