Home > Personal > Misi 10 hari ke Tokyo

Misi 10 hari ke Tokyo

November 30th, 2008 Leave a comment Go to comments

Esok malam maka berangkatlah aku aku ke negara Manga dan Anime iaitu Jepun. Bukanlah menjadi tujuan aku ke negara itu untuk membaca manga ataupun pergi ke temasya anime di sana, tapi atas tujuan kerja lah jua. Mana mungkin aku mampu bersuka ria di bandar nombor dua termahal di dunia (selepas Moscow).

Setakat ini aku tidak tau sempat atau tidak berinternet di sana. Kalau tak sempat maka sekembalinya aku pada 10 haribulan 12 lah baru berupaya aku meng”update” blog ni. Kalau sempat boleh juga aku berkongsi gambo-gambo dari Jepun.

Persediaan

Kali ini taklah se”excited” perginya aku ke Munich pada Krismas tahun lepas. Baju sejuk dah beli, kelengkapan musim sejuk semuanya dah beli tahun lepas. Tahun ni tak ada apa nak sedia melainkan makanan ajer. Kat sana katanya makan mahal. Aku diberi RM320 untuk kos makanan sehari! Kalau aku bawak makanan sendiri bolehlah save duit bawak balik huhu.

Suhu dan cuaca.

Ramalannya suhu sekitar 7-15 celcius. Tak seteruk Munich -5 darjah! Ludah pun jadi ais. Tapi khabarnya juga walaupun suhu tak rendah mana, tapi keadaan berangin. Kita tengoklah nanti macam mana.

Doa

Bagi sesiapa saja yang membaca posting ini, doakan aku selamat naik kapalterbang dan selamat juga turun. Insyallah…

Arigato gozaimasta!

No related posts.

Categories: Personal Tags:
  1. December 1st, 2008 at 05:25 | #1

    Hello!!

      

  2. wgn4330
    December 1st, 2008 at 09:01 | #2

    kaloi,
    ko first time pg ke?
    gambatte,.,

      

  3. December 2nd, 2008 at 19:01 | #3

    Alhamdulillah aku dah selamat sampai kat Jepang nieh. Susah betul, semua sign board tulis “jawi”. Pulak tu bila tanya jawab ikut bahasa dia. Inila first time aku tiba kat negara ni. Kat tempat penginapan memang ada internet free, tapi komputer zaman purba, masih guna win2000, USB port pun tarak. Kalau tak blh aku upload gambar2 motor orang jepun huhu

      

  4. December 13th, 2008 at 00:52 | #4

    Caiyok2..
    kalau terjumpa Eichiri Oda , Masashi Kishimoto, Tite Kubo kirim salam..

      

  1. No trackbacks yet.

You can add images to your comment by clicking here.

Google plus one provided by http://online-casino.eu.com