Minnaa-san, Tadaimaa!!
Keadaan suhu di tokyo yang agak sejuk (sekitar 10-14°C) dah suhu dalam bangunan yang panas (sebab diorang pasang heater) menyebabkan kulit aku mengalami luluhawa yang agak dahsyat. Selesa betul degan suhu Malaysia ni ( baru nak appreciate huhu..)
Currency 100 yen bersamaan RM 4.00 membuatkan semua benda kat Jepun jadi mahal jika diconvert. Jadi, jangan convert, beli saja yang mana berkenan sampai duit habis haha.
Aku ada tengok kat NatGoe atau Discovery aku tak ingat tentang syarikat Kyocera buat pisau guna ceramik.Pisau tu tajam dan sangat susah untuk tumpul sebab dicampur dengan Zirconium Okside (ZrO2) dan dipanaskan pada suhu 1400°C selama 5-12 jam. Kesimpulannya lebih keras dari besi, kalau nak asah kena guna conveyer habuk berlian. Aku jalan-jalan kat Ueno wah, jumpa. Cap Kyocera harga 5000 Yen, cap Forever 3800 yen, aku tangkap cap Forever sudah la, itu pun dah kira OK.
Ramai juga yang pakai motor kat sana, tapi tak ada jenis cup. LC ker Wave ker apa cup tak ada. Yang ada Honda Cup lampu bulat dan yamaha CDI yang kaler biru tuh, diaorang guna untuk delivery atau dispatch. Yang lain guna scooter. Yang meluas diguna oleh orang muda sekarang Yamaha Majesty, bentuk ada ala-ala Final Fantasy punya motor.
Hari tak sempat aku nak tepek gambar, esok-esok la aku update.
Setelah berkunjung ke 3 negara maju (German, Jepun dan Netherland) dapat aku simpulkan untuk menjadi negara maju ada kriteria mesti difollow. Pertama subway mesti maju dan effisien, tunggu dua minit dah sampai, nak kemana pun boleh tak perlu naik kereta ke stesen. Di Tokyo saja 700 000 penumpang keretapi bawah tanah setiap hari. Itu pun tak pernah aku terpaksa tunggu keretapi belakang sebab penuh, mesti boleh masuk punya. Putra kita dua gerabak, diorang sepuluh gerabak. Subway yang efficien menyebabkan jalan tengah bandar langsung tak jam. Munich pun tak jem, Tokyo pun tak jem. Kuala Lumpur…jemmed!
Kedua, kita boleh minum tap water tanpa was was. Kualiti air memang tinggi. Negara kita kalau tak sialp 12 partikel perlu disaring sebelum masuk ke paip rumah, negara maju 24-30.
Ketiga, sikap warga terhadap recycling. Kertas, plastik, kaca diasing sebelum buang. Hari sabtu dan ahad barang-barang yang boleh direcycle diletak luar rumah supaya boleh dipungut untuk recycle. Kat McD ker, KFC ker, lepas makan angkat dulang sendiri pastu asingkan waste ikut kategori untuk tujuan recycling.
Keempat, aduhai yang ni simple tapi susah nak terap. Bila naik escalator tu ke tepi la sebelah kiri supaya pengguna yang nak cepat boleh go through..
Ok lah, nanti sambung…
Related posts:

Dok sana mesti kena makan nasi macam pulut…..pakai kayu…..tak dak kuah….mengkelan.
Bento kebanyakannya mesti ada ikan……
Apa pun kat Malaysia juga yang best makan………
odi862
weh….aku nk kimono made in Ueno
beskut