Hari khamis baru-baru ni tatkala aku menunggu Civic aku selesai diservice di Pusat Service Honda, satu trailer Honda City 2009 baru sampai untuk show room dan test drive yang akan di launch 18 hb ni. Aku pun ambik peluang usik-usik, cuit-cuit, belek-belek kereta baru yang di tunggu-tunggu ramai nieh
.
Ada dua versi, kedua-duanya guna enjin i-Vtev 1.5. Kat belakang ada 4 reverse sensor. Antenna diubah kebelakang macam antenna CRV. Versi yang mahal harganya RM90k, sport rim cantik sikit saiz 16. Versi murah harga RM85k, sport rim 15, tak ada cover ekzos, tak ada signal kat side mirror dan ada beberapa pengurangan minor.
Menurut salesman yang dah test drive kedua-dua versi kereta ni, versi murah lebih power mungkin sebab saiz sport rim yang lebih kecil. satu lagi CITY untuk Malaysia tidak menggunakan transmisi CVT, atas alasan mengurangkan harga pasaran.
Esok sapa yang nak test drive, bolehlah ke showroom. Booking sudah boleh dibuat, bayar ajer RM2000 dan bulan Feb 2009 boleh dapat.
Ni gambar-gambar yang aku snap guna camera phone aku. Kualiti tak berapa bagus, satu alasan yang baik untuk aku tukar handphone baru heh heh.







