Tesco Scam

imagesBeberapa insiden harga yang dipapar di shelve tidak sama dengan yang di scan. Kes pertama abang ipar aku telah membeli satu senarai panjang barang-barang keperluan, satu barang rosak bila cuba dipasang dirumah. Untuk menukar barang tersebut, list harga barang diperiksa dan baru perasan yang harga sepatutnya RM19.00 tapi dicetak RM27.00.

Pada hari yang sama barang itu dikembalikan, petugas dikaunter warranty berkata barang tersebut boleh ditukar one-to-one. Jika hendak ditukar dengan barang yang lain, jumlah harga mestilah sekurang-kurangnya sama dengan RM27.00. Kami mencari beberapa barang agar harganya melebihi harga tersebut, finally we got three items, malangnya ketiga-tiga barang tersebut harganya lebih mahal dari yang tertulis di rak.

Setelah bertegas harganya lebih murah di rak, seorang petugas Tesco memeriksa sendiri dan mendapati betul harganya tidak selaras. Mereka mohon maaf dan harga di rak diambil kira.

Perkara ini dikesan atas kebetulan satu barang rosak, jika tak rosak sampai sekrang tak tahu kena tipu.
Berapa ramai antara kita yang check harga setiap barang selepas membayar? Aku sendiri tak pernah check. Tapi lepas ni aku akan check satu persatu dan yang pasti aku tak berbelanja duit gaji aku di Tesco lagi.

5 Comments

  1. Posted April 13, 2009 at 9:09 am | Permalink

    Salam,
    Citer pasal Tesco menaraik perhatian saya sbb
    saya adalah pelanggan tetap dan membeli hampir
    setiap hari di Tesco.

    Namun sejak 2 tahun ke sana takpernah mengalami
    masalah ini. Tapi sistem penetapan harga yg tak selaras
    antara casher dan dirak barang menyebabkn hal ini terjadi.

    Apa pun kita sebagai pengguna ada hak utk bertindak jika
    berlaku kes2 macam ni.

    Quote

  2. odi862
    Posted April 14, 2009 at 12:29 am | Permalink

    Tak semua pengguna yang perihatin tentang harga pada rak dan harga pada resit. Saya sendiri pernah kena tapi kat Carrefour. Lepas tu terus check kebanyakan barang yang dia ambil kat mesin scan harga yang disediakan untuk double check harga. Kebanyakannya betul mungkin yang saya terkena tu kes terpencil.

    Apa pun pengguna mempunyai tanggungjawab sendiri untuk periksa semula harga dan jangan membiarkan pasaraya menipu kita tanpa disedari.

    Quote

  3. azwan-
    Posted June 18, 2009 at 11:23 pm | Permalink

    aku penah kena kat tesco…beberapa kali…

    Quote

  4. amat
    Posted July 26, 2009 at 3:30 pm | Permalink

    Salam bro, aku dah pernah kena beberapa kali kat TESCO tmpt aku. aku siap tanggalkan tag A4 size harga tipu tu! Bukan sekali 2… tp banyak kali!

    Quote

  5. Posted September 28, 2009 at 2:27 pm | Permalink

    aku pernah kena banyak kali sbb tu aku kurang percaya dgn harga yg dia tulis, selalu jgk aku check dgn scanner tapi diaorang limitkan scanner mungkin ada 5-6 scanner utk satu hypermall. itu pun bukan semua boleh guna dan diletakkan jauh-jauh. aku rasa diorang ni sengaja buat begitu utk menipu pengguna. Awas! kena membeli di Tesco, carrefour, Giant dan Mydin. Semua ni cuba ambik kesempatan atas pembeli yg lalai. Persolannya berapa ramai pembeli sedar dgn kelicikan mereka?

    Quote

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*

You can add images to your comment by clicking here.