Project Hujung Minggu: Cat Scratcher

Di hujung minggu jika tiada jemputan kenduri kahwin, tiada activiti luar, apa nak buat? Kalau ikut orang rumah pergi shopping lagi penat dari panjang Bukit Broga, jadi aku buka satu lagi kategori kat kaloiweb ni, iaitu DIY.

Minggu ni aku start projek yang mudah dah murah dulu, peralatan pun yang basic saja. Pencakar kucing atau cakap orang putih Cat Scratcher. Benda ni mahal, tak percaya cuba la tengok kat kedai pet shop harganya lebih kurang RM80-100. Kualiti pulak alahai 3 bulan pakai conform rosak. Apa kata kita buat sendiri, lifetime kucing boleh guna sure tak rosak :)

Ada dua jenis cat scratcher, jenis gantung dan jenis lantai.

Floor Cat Scratcher

pencakar kucing

Finished Project

1. Dapatkan sebatang kayu bulat atau kalau tak ada yang bulat kayu 2″x3″ pun boleh, potong kira-kira 1 kali. Bagi kayu yang tak bulat, ketam sikit penjuru agar senang nak balut tali.

2. Dapatkan tali, kalau boleh tali sabut. Kalau tak ada tali plastik pun boleh sebesar jari kelingking sepanjang 10 meter.

3. Paku tali pada kayu dan lilit disepanjang kayu. Paku hujungnya juga supaya tak terbuka.

4. Potong papan untuk base dan top, nak buat petak pun boleh tapi aku buat bulat sebab senang guna acuan pinggan dan piring :)

5. Dah siap potong, tanda tengah-tengah papan dan paku pada kayu yang dah siap dililit tali. Paku dengan 2-3 batang paku 3″ agar tough dan strurdy.

Project Kedua, Hang Style Scratcher

1. Prosesnya lebih kurang sama dengan yang atas cuma kali guma papan supaya lebih senang nak gantung.

2. Ulang proses 2 dan 3.

3. Letakkan tali pengikat untuk penggantungan.

4. Apa lagi, gantung la kat sangkat kucing. Di bawah gambat proses dan finished product

Proses semua tak sampai setengah jam, dah boleh jimat RM70-80. I’m richer now :)

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>