Selepas beberapa tahun kita mengimport Versys secara CBU, tahun 2010 model terbaru Versys dipasang di Malaysia. Perbezaan harga antara CKD dan CBU pada mulanya hampir RM10 ribu.
Saya berpeluang melihat secara dekat model ini. Continue reading
Selepas beberapa tahun kita mengimport Versys secara CBU, tahun 2010 model terbaru Versys dipasang di Malaysia. Perbezaan harga antara CKD dan CBU pada mulanya hampir RM10 ribu.
Saya berpeluang melihat secara dekat model ini. Continue reading
Hari ni Honda launch product hybrid pertama mereka di Malaysia, Honda Insight. Aku berkesempatan pergi tengok dan di”offer” test drive
First Impression
Dari luaran, kereta ni resemblance Toyota Prius walaupun hakikatnya banyak berbeza. Rim yang digunakan juga agak unik iaitu 16.5 inci dn tayar 185/55. Dari sudut rim, jauh lebih cantik dari hibrid Civic.
Interior
Ruangan driver agak luas, lebih besar dari City tapi kecil sedikit dari Civic. Steering wheel sama seperti City dan Civic tapi tanpa kemasan kulit. Semua model dilengkapi kawalan stereo pada steering. Bahagian pintu sama seperti City.
Bahagian belakang agak sempit. kalau kaki panjang macam aku yang tinggi 180cm, perjalanan jarak dekat boleh la, tapi kalau jarak jauh memang kurang selesa macam Air Asia
Boot belakang agak luas, kira-kira 400-450 liter aku rasa. Tiada masalah untuk stroller budak yang paling besar.
Gadget
Kereta ni memang dilengkapi berbagai gadget. Meter kelajuan sama seperti Civic tapi lebih canggih sebab digital nampak seperti “floating” dan background meter boleh bertukar warna mengikut penjimatan pemanduan. Jika fast acceleration background menjadi biru, jika memandu secara jimat background jadi hijau.
Meter RPM bukan digital tapi ditengahnya ada indicator batery assist dan batery recharge, apada aku sangat menarik.
Semua model mengunakan steering berkuasa motor.
Sebelah kanan driver ada satu butang hijau yang tertulis ECO. Aku cuba tekan dan memang betul tujuan button tu untuk jimat bukan untuk fast acceleration.
Driving Experience
Pengalaman pertama sebelum memandu ialah semasa start enjin, memang sangat smooth tanpa sebarang vibration, seolah-olah cuma memetik suiz lampu.
Bagi aku yang dah biasa memandi Civic, memang terasa sedikit kurang kuasa, tapi comparable dengan Honda City. Torque memang besar, lebih-lebih lagi di set Sport Mode, maybe lebih kuat dari City. Bagi kereta berkapasiti enjin 1.3L, kereta ni memang sangat pickup.
Semasa berhenti di traffic light, aku tengok meter RPM menunjukkan 0. Bermakna enjin dalam keadaan rehat, boleh dikatakan off terus. Tapi air-conditioning hanya tinggal air blow tanpa sejuk semasa enjin off. Bila brek diangkat, enjin start semula, semua secara tanpa kita sedari.
Tujuan utama kereta ni adalah penjimatan, untuk pemanduan bandar, memang sangat sesuai. Jika diperhati kereta-kereta yang dipandu ke tempat kerja amat jarang dinaiki lebih dari 2 orang, jadi ruang sempit di bahagian peumpang belankang tidak menjadi isu.
Harga
Untuk tahun pertama, kereta CBU ini dikecualikan duti import. Harga atas jalan RM98 000 termasuk insurance (RM2679.20). warranty 3 tahun dan warranty bateri 5 tahun.
Saingan
Bagi Honda, satu-satunya saingan mereka adalah Prius, tapi bagi pembeli saingan adalah kereta-kereta lain yang harganya lingkungan RM 100 ribu. Pembeli Malaysia lebih suka mengelaskan kereta mengikut harga. tapi memang tak dinafikan Insight adalah kereta Hybrid paling murah di malaysia setakat ini.
Pendapat
Bagi kereta 1.3L, kereta ni memang impresive, jimat minyak ( dikatakan 20-30km per liter) jika cara pemanduan menepati mode jimat. Tapi dengan RM100 ribu, ada banyak pilihan bagi pembeli, yang jika dipandu dengan cara “mode jimat” juga boleh menjimatkan juga, mungkin. Tidak dinafi kan hybrid adalah current technology, environtmental friendly dan menampakkan image elegan dan prihatin kepada pemiliknya.
More Honda Insight Picture After The Break Continue reading
Hasil dari ruangan komen post http://kaloiweb.com/2008/11/28/gts-200-selepas-setahun-di-malaysia/#comment-4829 ahli-ahli kelab SYM/GTS dengan kerjasama MCS telah berjaya menjalankan aktiviti konvoi ke Cameron Highland dengan jayanya.
Wakil dari kaloiweb.com iaitu Mr Tok E menceritakan pengalamanya :
Salam buat semua yg membuka ruangan ini dimana tok E akan menceritakan detik detik pahit manis yg dilalui sepanjang perjalanan ke Cameron Highland
Sekembalinya tok E dari percutian bersama famili…terus perasaan menjadi gundah gulana…nak tido pun tak boleh lena…tepat jam 0405hrs wa pun terjaga dari tidur…apalagi terus bersiap untuk ke K.L kerana kuda hitam wa tu memang tinggal di rumah boss wa…wa naik kete wa ke mont kiara tu…tepat jam 0608hrs dah sampai…fuhh…leganya…tetiba mesaage masuk…”tok E dah gerak ker….he he he” dari BRO LAN KING rupanya…wa jawab ” wa tengah basuh motor”…betapa terujanya bebudak SYMMER ni nak berkonvoi hari ini…dah selesai wa basuh motor…wa tunggu BRO YUSRI sampai…terus kami ke SHELL lepas tol jalan duta tu tunggu BRO OME…..lastly…dia sms kata “tok E…wa terus gi rnr jejantas sungai buluh”….adoiyai….naper tak bagi tau awal awal derrr…
0743hrs…wa dan BRO YUSRI…gerak ke restoran jejantas sungai buluh tuu…perrrggghhhh…dah ramai yg menanti disitu rupa rupanya…BRO DARK a.k.a DON PHARANI (ini master mind SYM mesti mau turut serta derrrr)BRO YASHI , KUBUNTU, AZHAR ,ACIK ISMAIL,BRO FAZZ , BRO TOPAZ, BRO HAMDAN , BRO BEN , BRO ROY , BRO FAIRUZZ , BRO FAIZAL ,BRO ZACK , BRO MIE-G dan ramai lagi lerr yg wa tak hafal nama diorang nih..nanti kalo wa ingat wa taruh…setelah group dari serdan and bangi tiba…kami ternanti nanti lagi sorang nih…BRO LAN KING tak sampai sampai lagi nih…halamakkkkk…dia leh tersesat jalan daaa….aduiyai…tapi sampai juga akhirnya…tatkala motor elegan bro YUSRI tengah diperosah oleh DON…yg lain tengooookkk jerr lerr…termasuk wa…ha ha ha…roller dipasang terbalik daaa…nasib baik lerrr ada master mind of SYM nih…TOPAZ and DON PHARANI…diorang ni laa jer yg mampu membaiki dan merepair motor yg ada masalah…setelah selesai…kami adakan taklimat kecil serta bergambar dan membaca doa selamat sebelum berangkat ke CAMERON HIGHLAND ….waaa masa bergambar…bermacam macam posing…yg wa attached kat sini cuma sedikit jer…coz pakai camera hp jerr…BRO YASHI THE CAMERAMAN tak dapat follow coz keje…begitu juga dengan bro AZHAR dan BRO KUBUNTU…leh check kat fb bro yashi nanti ok…check kt kaloiweb ni…ada address url gambar2 tersebut…
Kami bertolak tepat jam 0946hrs…dgr kata chua cycle nak dtg…tapi tak jadi kut…so kami pun berangkatlah dengan gembiranya…lebih kurang 21 buah motor SYM menyusuri highway sehingga 1 kilometer panjang kalau tak silap…kami berkonvoi dgn patuhi undang2 dan berhemah…dibawah pimpinan MARSHALL yg berpengalaman seperti DON PHARANI, BRO FAIRUZZ , BRO ADJOURNED , BRO ROY,BRO TOPAZZ dan diketuai oleh BRO FAZZ…sekali sekala kami diberi masa 5minit untuk buang karbon…merempit laa…bukan mat rempit tau…ini ada sijil punya…he he he,,tapi wa salute and tabik spring TOINKKKKKK pada BRO TOPAZ krn motor elegan merah ducati miliknya tersangatlah power…tak boleh nak potong derr…hanya boleh cucuk angin jer evoi wa tu…adessss…
Kami berhenti mamam di rnr tapah…rehat jer…ada yg mamam…nak dijadikan cerita pula..motor yusri buat hal…aduiiii…temperature naik da…paras bahaya tu sampai melimpah ruah derrr…lastly…motor dia langsung tak boley start derrr….apalagi DON and Topaz la kene kayuh masalah ni…cuba punya cuba sedaya upaya pun tak leh hidup…diorang tunda motor BRO yUSRI ke TOL SIMPANG PULAI ipoh.BRO TOPAZ bawak motor tok E untuk tunda motor BRO YUSRI…..kami teruskan perjalanan coz masa dah suntuk derrr…wa merasa naik motor BRO TOPAZZ …ELEGAN MERAH DUCATI yg power tu laaa…hu hu hu…memang power siuuuuttt,,……
WA DAH NGANTUK SGT LA…ESOK SMBUNG …arrrhhgggg hhuuuhh h huuu…..zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Lagi gambar di bawah
Harga baru bagi semua jenis motosikal di malaysia agak signifikan, rata-rata naik sebanyak RM400 hingga RM500 sebuah berbanding dua tahun yang lepas.
Senarai harga terkini boleh didapati di http://kaloiweb.com/2008/08/14/harga-motosikal-di-malaysia/ (update 2/2/2011)
kaloiweb.com sudah mencapai lebih 1 000,000 page views hari ini, to be exact 1,015,129 page views dan 179,948 unique visitors. This number make me very happy. Sekurang-kurangnya blog ini telah memberi faedah lebih 1 juta kali dan bermanfaat kepada hampir 180 ribu orang. Tidak pernah terlintas dan terbayang sewaktu mula-mula launching web ini.
Kebanyakan traffic adalah datang dari Google, mostly keyword berkenaan motosikal memberi kedudukan di page pertama, malah “harga motosikal” dan “harga kawasaki malaysia” berada di tempat teratas!
Terima kasih kepada yang memberi sokongan kepada kaloiweb.com terutama forumer-forumer kelab Sym seperti Tok E, dzul, Lan king, MsC.YAshiMuRa, Ome, Mie G dan ramai lagi tak dapat saya sebukan semua. Juga komuniti LC seperti LC Merah, LC Streamer, abgambs dan ramai lagi. Terima kasih kerana banyak memberi ilmu-ilmu berguna kat sini serta menjawab berbagai-bagai soalan yang tak mampu saya menjawab semuanya.
Jika ada sebarang cadangan, please drop me a message
Arigato gozaimass!!

Kepada semua visitors dan forumers berbangsa China, diucapkan Selamat Tahun Baru Cina! Moga tahun ini memberi kita semua lebih kebahagiaan dan kekayaan. Gong Xi Fa Choy. Kepada yang lain, selamat bercuti. Berhati-hati di jalan raya.