Selepas beberapa tahun kita mengimport Versys secara CBU, tahun 2010 model terbaru Versys dipasang di Malaysia. Perbezaan harga antara CKD dan CBU pada mulanya hampir RM10 ribu.
Saya berpeluang melihat secara dekat model ini. Jika dibanding dengan ER-6, walaupun menggunakan enjin yang sama tetapi susuk tubuhnya jauh berbeza. Versys memang tinggi, saya yang ketinggian 180cm masih tidak mencecah kaki sepenuhnya kelantai.
Fork suspension depan Versys dipasang secara “upside down”, tidak seperti ER-6. Bagi kebanyakkan motosikal berkuasa tinggi fork terbalik memang memberi impak lebih baik berbanding normal.
Walaupun dikatakan enjin Versys sudah di”tune-down” sedikit dari ER-6 tetapi perbezaanya amat sukar dikesan. Seolah-olah hampir tiada perbezaan.
Dengan handle yang agak tinggi memberi keselesaan kepada penunggang lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh, sama ada pada kelajuan tinggi mahupun perlahan.
Bagi yang berminat boleh lah pergi merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal ini. Tapi disebabkan permintaan yang tinggi, waiting list yang panjang, pembeli terpaksa menunggu2 bualn atau lebih untuk dapat.
Harga
OTR RM38,923.00
Down payment: RM7,923.00 + RM300 (service charge)
Loan (CIMB Bank): RM31,000.
Installment(5% interest for 5 tahun): RM646.00 sebulan
Related posts:



maksudnya kalau mcm kawan ni,tinggi 165cm x seswai lah ye?
abangskudai
Jangan risau, bukan semua user Versys ni tinggi2 belaka. Versys ni boleh diadjust ketigiannya.Lagi versys ni rasa tinggi semasa berenti je, masa tgh jalan apa2 ketinggian pun OK.Yg penting kena duduk dah try sendiri mengikut keselesaan masing-masing
kaloi
Aku tinggi sket jer dari brader Kaloi..9cm. Yang penting moto2 size camni sesuai sgt utk orang tinggi. Bro Skudai..no problem beli jer janji puas hati. Tapi pilihan utk orang yang serderhana tinggi kat m’sia ni pergh byk betul… Jeles gue…
GadgetfreQ
I’m planning to buy this great machine. Any recommended dealers with good services? Lately, i found some from the motortrade.com, but there are no color selection.
Versys really nice one!
Ivan Yong
Aku pun tinggi lebih kurang abgskudai ( 164cm )… Tapi ketinggian Versys bukan jadi masalah besar sangat… Versys aku bagi turun fork depan 1 inci… Adjust adsober belakang paling rendah… Naik seminggu dua Versys ni lama2 OK la…
abrais
versys n er6 mrnggunakan enjin yg sama?kenapa perbazaan harga yang sgt tinggi.ader org kata versys lagi power dari er6?mana 1 ni.tolong saya,saya nk bt pilihan pun xtau.
wan
Nak beli motor. Bulan-bulan boleh bayar RM300-RM400. Minat motor CBR (HONDA) boleh dapat ke ??? bayar sampai 7 tahun ke ?
Fahmi Belal
abg faizal, saya tengah keliru dalam buat keputusan sama ada nak beli versys atau er6 f?? bole abg faizal beri pandangan?? terima kasih
nafaz
skrg nih kalau loan direct jer ngan AEON credit servis. latest pi survey salesman kata interest .78% sahaja. so kalau 31K, 5 tahun kurang lebih 536++ jer monthly
bro