Kayuh Basikal: Senaman terapi minda

Gunakan basikal yang sebenar, bukan basikal gym.
Tidak dinafikan basikal gym bagus untuk membina otot kaki, kurangkan lemak dalam badan dan kekal cergas. Tapi anda boleh mendapat hasil yang sama secara berbasikal outdoor.

Sama ada basikal anda kerangka carbon fiber, alluminium atau basikal tua, kayuh saja. Kayuhan di luar memberi anda menghirup udara segar dipagi hari atau diwaktu petang tanpa gangguan iklan makanan segera di kaca gym, atau lelaki yang menjengkelkan merenung tajam tidak sabar menunggu anda selesai menggunakan basikal gym.

Cuma pastikan anda memakai alat keselamatan yang sesuai seperti helmet, glove dan jika anda kayuh di waktu malam, pastu kan lampu depan dan belakang dipasang serta memakai pakaian terang,kalau boleh guna safety vest yang mempunyai reflektors.

Jika anda merancang untuk membuat kayuhan yang agak jauh, pastu anda membawa tiub tambahan dan pam, masukkan kedalam saddle bag. Anda tentu tidak mahu menolak basikal pulang sejauh sepuluh kilometer semata-mata kerana tayar terkena paku.
Jom kayuh

Related posts:

  1. 2011 Helmet Basikal Cosi, Protect Your Head With Style

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>