Serangan Hackers

Hampir dua minggu kaloiweb.com terhenti akibat dari serangan hackers pada 1 Syawal baru-baru ini. Saya dihubungi oleh web hoster berkenaan blog ini mengandungi banking spam. Di waktu itu saya berada di kampung untuk berhari raya, tiada internet connection. Hasil perbincangan dengan pihak webhosting, mereka memberi peluang 2 hari untuk kami membuang semua spam code. Bermakna saya mesti ke rumah parents di Pahang ( mereka ada internet connection dirumah) sebelum raya ketiga. Malangnya saya dapat email dari pihak atasan webhosting menyatakan blog saya telah di block serta merta kerana spam melibatkan internet banking.

Tiada apa yang dapat saya lakukan. Keadaan sibuk berhari raya menyukarkan lagi usaha-usaha membaik pulih.

Lebih malang lagi Google telah tag blog ini sebagai harmful website. Setiap visit akan terpampar warning dari Google.

Sekembalinya ke Lembah Kelang, usaha pembersihan code dijalankan. Review application dihantar kepada pihak Google untuk dinilai. Penilaian pertama gagal, google masih mengesan ada redirect address ke spam website. Hackers telah menyuntik code di merata directories.

Selepas recheck, semua file yang dicemari didelete dan diganti dengan file yang baru. Usaha memakan masa sehari setengah dan mohon review dari Google. Alhamdulillah lulus.

Ini bukanlah kali pertama diserang, malah sebelum ini semua database hilang dan kaloiweb.com start from scratch semula pada tahun 2009. Alhamdulillah kali ini database tak hilang, dan perkara ini mengingatkan kami agar sentiasa backup DB dari semasa ke semasa.

Dengan kembalinya kaloiweb.com, lahir juga blog peribadi saya yang baru faizal.kaloiweb.com. Tiada fokus atas apa-apa segment, it just my daily life activity or tought.

Terima kasih atas semua pengunjung, kerana terus setia mengunjungi dan memberi imput kepada kami. Pengunjung pertama terus masuk seminit sejurus blog ini ‘bebas’ :) Terima kasih semua. Jika ada sebarang cadangan atau apa-apa yang menarik untuk dikemuka, sila tweet or email me

Related posts:

  1. iGoogle – One Stop Google Apps
  2. Hits and Unique
  3. Google on Google Chrome Comic Book
  4. Selamat Kembali
  5. Happy Chinese New Year 2011!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>