Semasa aku beli nombor Honda Civic aku tu (aku beli nombor murah ajer huhu), aku terpandang kat dinding JPJ ada senarai tender nombor yang dah dimenangi. Fuh, korang tengok la sendiri harga nombor-nombor tuh. Ada yang lahir tahun 1988 pun beli nombor puluh-puluh ribu!
Kegagalan product Suzuki kapchai sebelum ini memberi imej yang kurang baik sehingga ramai yang phobia denagn motor Suzuki. Tapi dengan kelahiran generasi baru Suzuki, anda patut mencuba.
Semalam aku berkesempatan untuk test salah satu motor keluaran Suzuki, buat permulaan aku test yang paling adik sekali, Smash Revo. Dengan harga lingkungan lebih kurang Honda EX5 (RM4200 OTR untuk versi tiada electrict starter) aku tidak mengharapkan suatu yang lebih dari motor ni. Tapi sangkaan aku silap! Motor ni best. Read more…
Statistik Ops sikap dah keluar. Yap, sperti yang telah dijangka penunggang motosikal menjuarai jumlah kematian, sebanyak 72%! Jika diambil kira jumlah motosikal jauh lebih sedikit berbanding lain-lain kenderaan kebarangkalian sebuah motosikal untuk terlibat dalam kemalangan adalah….begitu menakutkan.
Apa sebab sebanar berlakunya kemalangan motosikal? Hasil kajian 38% akibat terbabas, 18% makan jalan.
So bagi semua penunggang, be extra carefull, nyawa kita amat mudah melayang. Ride safely.
Khabar tak rasmi menyatakan motor ni akan dibuka untuk tempahan selepas raya. Tak banyak info berkenaan spec motor ni, sapa yang tahu silalah share kat sini. Yang pasti kapasiti enjin tetap 135cc.
Tahun 2008 mencatat sejarah dalam negara dengan kes kecurian motosikal tertinggi iaitu 36,766 kes berbanding 26,796 kes pada tahun sebelumnya. Bukan hanya kes curi motosikal sahaja yang meningkat, malah semua kes jenayah termasuk pecah rumah,curi kereta, rompak malah rogol juga meningkat. Read more…
Ramai yang memberi komen tak tahu nak beli motor yang mana satu? Aku tak dapat tolong cuma boleh bagi jalan dan apa yang perlu dipertimbang untuk membuat keputusan. Read more…
Berita baik bagi sesiapa yang nak beli motor secara kredit, Ambank dengan kerjasama Yamaha menawarkan 0% faedah dengan bayaran balik sehingga 36 bulan. Syaratnya belian mesti melalui credit card Ambank, apply credit card Ambank adalah kemestian bagi sesiapa yang belum ada Read more…
Yahoo search dan google search telah mengeluarkan senarai top ten keyword yang paling popular seluruh dunia. Naruto di tempat ke tujuh dalam senarai Yahoo search mengalahkan Lindsay Lohan, Angelina Jolie dan American Idol! Read more…
WordPress melakukan serangan terhadap Internet Explerer dengan menlancarkan browsehappy.com. Kempen memulaukan browser kepunyaan Microsoft itu dengan mengumpul cerita-cerita ngeri dari exuser IE. Read more…
Tadi aku kebetulan lalu depan Honda Dealer, lalu aku menyinggah untuk melihat Honda City baru yang diperkatakan oleh banyak orang.
Suatu yang pasti, kereta ni susah untuk orang tinggi masuk/keluar. Aku terpaksa condongkan kepala 45% untuk berjaya masuk, begitu juga keluar. Salesman tu kata bukan aku yang pertama berkata begitu. Katanya mungkin seat terlalu tinggi. Aku rasa lantai kereta tu yang tinggi.
Kalau body lawa tapi susah keluar masuk, I’ll pass!
Hari khamis baru-baru ni tatkala aku menunggu Civic aku selesai diservice di Pusat Service Honda, satu trailer Honda City 2009 baru sampai untuk show room dan test drive yang akan di launch 18 hb ni. Aku pun ambik peluang usik-usik, cuit-cuit, belek-belek kereta baru yang di tunggu-tunggu ramai nieh
Aku dah pulang dengan selamat ke Malaysia yang tercinta ni. Masa dalam perjalanan pulang JAL menayangkan video tentang Malaysia, time part dia tunjuk mee goreng waduh tak sabar aku nak turun sambar satu pinggan mee goreng mamak.
Keadaan suhu di tokyo yang agak sejuk (sekitar 10-14°C) dah suhu dalam bangunan yang panas (sebab diorang pasang heater) menyebabkan kulit aku mengalami luluhawa yang agak dahsyat. Selesa betul degan suhu Malaysia ni Read more…
Esok malam maka berangkatlah aku aku ke negara Manga dan Anime iaitu Jepun. Bukanlah menjadi tujuan aku ke negara itu untuk membaca manga ataupun pergi ke temasya anime di sana, tapi atas tujuan kerja lah jua. Mana mungkin aku mampu bersuka ria di bandar nombor dua termahal di dunia (selepas Moscow) Read more…
Ramai yang masih tak kenal tapi GTS 200 dah setahun di pasaran Malaysia. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan kelancaran motor ni. Pagi tadi aku berpeluang tengok-tengok, pegang-pegang, duduk-duduk atas motor ni. Nak test drive tapi unit test dah dihantar ke kilang, melepeh. Anyway kat bawah ni dia punya spesifikasi.
Mungkin kerana kelembapan jualan yang amat ketara untuk model Nouvo LC, Yamaha Malaysia dah lancarkan website khas untuk model itu. Dengan menggunakan perantara Bahasa Melayu dijangka dapat menarik ramai penunggang di negara ini untuk melihat spesifikasi motosikal ini.
Aku rasa, kalau Yamaha sediakan pandu uji lagi bagus, biar orang rasa, feel dan uji model tu kalau betul bagus mesti orang beli punya. Tak mustahil, GTS 200 dah buat.
Recent Comments