Aku terbaca di Berita Harian semalam hasil kajian sekumpulan saintis Jepun penunggang-peningang motorsikal akan lebih kekal muda berbanding pemandu kereta. Ini kerana ”Ketika menunggang motosikal, otak peninggang sentiasa aktif kerana mereka memerlukan kepekaan yang tinggi” kata Prof Ryuta Kawashima.
“Kesimpulan terakhir daripada kajian yang kami jalankan ialah amalan menunggang motosikal dapat membantu seseorang yang berusia pertengahan umur mencergaskan semuala diri dan minda mereka.”
Kajian ini adalah dengan kerjasama Yamaha Motor.
So, jom kembali bermotosikal ke tempat kerja, :)
Bagi yang tak tahu bagaimana nak memohon nombor pendaftaran kenderaan, JPJ telah mengeluarkan panduan lengkap berkenaan perkara itu.
Semasa aku beli nombor Honda Civic aku tu (aku beli nombor murah ajer huhu), aku terpandang kat dinding JPJ ada senarai tender nombor yang dah dimenangi. Fuh, korang tengok la sendiri harga nombor-nombor tuh. Ada yang lahir tahun 1988 pun beli nombor puluh-puluh ribu!

Senarai harga nombor WRS
Harga-harga yang disenarai di bawah tidak termasuk insurans dan lain-lain charge. Harga adalah berbeza mengikut kedai.

Kawasaki ZX-10R
Kawasaki ZX-10R. Kuasa Enjin 998cc. Harga RM 80900 (5% interest)
Read more…

Kegagalan product Suzuki kapchai sebelum ini memberi imej yang kurang baik sehingga ramai yang phobia denagn motor Suzuki. Tapi dengan kelahiran generasi baru Suzuki, anda patut mencuba.
Semalam aku berkesempatan untuk test salah satu motor keluaran Suzuki, buat permulaan aku test yang paling adik sekali, Smash Revo. Dengan harga lingkungan lebih kurang Honda EX5 (RM4200 OTR untuk versi tiada electrict starter) aku tidak mengharapkan suatu yang lebih dari motor ni. Tapi sangkaan aku silap! Motor ni best. Read more…
Statistik Ops sikap dah keluar. Yap, sperti yang telah dijangka penunggang motosikal menjuarai jumlah kematian, sebanyak 72%! Jika diambil kira jumlah motosikal jauh lebih sedikit berbanding lain-lain kenderaan kebarangkalian sebuah motosikal untuk terlibat dalam kemalangan adalah….begitu menakutkan.
Apa sebab sebanar berlakunya kemalangan motosikal? Hasil kajian 38% akibat terbabas, 18% makan jalan.
So bagi semua penunggang, be extra carefull, nyawa kita amat mudah melayang. Ride safely.

Aku saja nak buat tinjauan betul ke khabar-khabar menyatakan motor paling laris di Malaysia ni (juga paling laris dicuri huhu) banyak problem?
Block cepat rosak? Under power jika ada pembonceng? Oil filter problem? Enjin bising? Asap putih keluar banyak?
Bagi pengguna-pengguna LC, silalah bagi komen.

Mulai 5 Feb 2009 peminat scooter dan boleh angkat satu. Model ini adalah yang kedua versi automatik selepas Click oleh Honda.
Dengar khabarnya new baby Honda ni berkapasiti 110cc dan menggunakan transmisi CVT. Ciri-ciri lain masih belum ‘clear’.
Info yang agak menarik, berat motor ni hanya 86kg, hmm…ramai yang lebih berat dari motor lepas ni :-)
Satu lagi Boon Siew berhasrat mengeluarkan 28 000 buat untuk tahun ni, jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah motor yang dicuri untuk tahun 2008.

Khabar tak rasmi menyatakan motor ni akan dibuka untuk tempahan selepas raya. Tak banyak info berkenaan spec motor ni, sapa yang tahu silalah share kat sini. Yang pasti kapasiti enjin tetap 135cc.
Read more…
Tahun 2008 mencatat sejarah dalam negara dengan kes kecurian motosikal tertinggi iaitu 36,766 kes berbanding 26,796 kes pada tahun sebelumnya. Bukan hanya kes curi motosikal sahaja yang meningkat, malah semua kes jenayah termasuk pecah rumah,curi kereta, rompak malah rogol juga meningkat. Read more…

Ramai yang memberi komen tak tahu nak beli motor yang mana satu? Aku tak dapat tolong cuma boleh bagi jalan dan apa yang perlu dipertimbang untuk membuat keputusan. Read more…
Berita baik bagi sesiapa yang nak beli motor secara kredit, Ambank dengan kerjasama Yamaha menawarkan 0% faedah dengan bayaran balik sehingga 36 bulan. Syaratnya belian mesti melalui credit card Ambank, apply credit card Ambank adalah kemestian bagi sesiapa yang belum ada Read more…

Tadi aku kebetulan lalu depan Honda Dealer, lalu aku menyinggah untuk melihat Honda City baru yang diperkatakan oleh banyak orang.
Suatu yang pasti, kereta ni susah untuk orang tinggi masuk/keluar. Aku terpaksa condongkan kepala 45% untuk berjaya masuk, begitu juga keluar. Salesman tu kata bukan aku yang pertama berkata begitu. Katanya mungkin seat terlalu tinggi. Aku rasa lantai kereta tu yang tinggi.
Kalau body lawa tapi susah keluar masuk, I’ll pass!
Hari khamis baru-baru ni tatkala aku menunggu Civic aku selesai diservice di Pusat Service Honda, satu trailer Honda City 2009 baru sampai untuk show room dan test drive yang akan di launch 18 hb ni. Aku pun ambik peluang usik-usik, cuit-cuit, belek-belek kereta baru yang di tunggu-tunggu ramai nieh
Read more…
Ramai yang masih tak kenal tapi GTS 200 dah setahun di pasaran Malaysia. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan kelancaran motor ni. Pagi tadi aku berpeluang tengok-tengok, pegang-pegang, duduk-duduk atas motor ni. Nak test drive tapi unit test dah dihantar ke kilang, melepeh. Anyway kat bawah ni dia punya spesifikasi.
Read more…
Mungkin kerana kelembapan jualan yang amat ketara untuk model Nouvo LC, Yamaha Malaysia dah lancarkan website khas untuk model itu. Dengan menggunakan perantara Bahasa Melayu dijangka dapat menarik ramai penunggang di negara ini untuk melihat spesifikasi motosikal ini.
Aku rasa, kalau Yamaha sediakan pandu uji lagi bagus, biar orang rasa, feel dan uji model tu kalau betul bagus mesti orang beli punya. Tak mustahil, GTS 200 dah buat.
Ramai yang dah tahu dan ada juga yang belum sedar dengan kewujudan LC 135 versi automatik ni. Jika masuk kedai motor tanya harga LC, tokei kedai akan tanya manual atau automatik. Automatik yang dimaksudkan Nouvo Read more…

November 2008 yang ditunggu-tungu oleh peminat Read more…
The Power of Dream atau usah bermimpi yang mana satu pilihan anda? Heh, kalau kita betul-betul nak insyaallah boleh dapat.

Read more…
Setelah dua bulan post “Harga motosikal di Malaysia” di’publish, harga terkini banyak mengalami perubahan. Perubahan yang dimaksudkan di sini adalah ‘kenaikkan’, zaman sekarang hanya hujan yang turun, harga tak turun.
Untuk mengetahui harga terkini sila ke http://kaloiweb.com/2008/08/14/harga-motosikal-di-malaysia/
Anda semua dialu-alukan menge’share’ harga terbaru di sini.
Hari ni genap dua bulan aku jadi pengguna Honda Civic 1.8 2008. Dua bulan aku kira cukup untuk aku memberi komen serba sedikit tentang kereta ini.
Pemanduan
Ruang pemandu yang luas memberi Read more…
Recent Comments