ANTARA KOMEN PARA PEMILIK SYMGTS200/250evoi

AZ Putrajaya: Salam semua,Saya baru sahaja tempah SYM GTS 250i EVO warna putih dan dijangka sampai ke tangan saya pada petang jumaat atau hari isnin. Saya pilih SYM GTS 250i ini kerana feedback daripada kawan2 yang pakai SYM GTS 200. Kalau yang 200 dah power apatah lagi 250. Pecutan 250 ini memang power dan stabil bila bawa perlahan kerana injectionnya. Saya dah test drive, fuh! tak menyesal ambil 250. Warna putih lagi cun, nampak macam polis trafik. Mamat rempit tak berani potong dan ada yang terketar lutut bila nampak SYM putih datang dari belakang. Sesiapa yang nak beli SYM GTS 250i saya galakkan. Harga OTR RM18,400 di Putrajaya (Keluaran selepas Mac 2010 dah naik harga termasuk insuran all rider, glove, lock, ARC Helmet & baju hujan). Tapi jika saudara2 bernasib baik, harga SYM GTS 250i boleh dapat RM17,800 (Stok sebelum Mac 2010 termasuk insuran single rider, helmet biasa, baju hujan biasa & glove).Salam perkenalan.AZ Putrajaya